• Main
  • News

Pendidikan Islam Kertas 2

Pendidikan Islam Kertas 2

PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2
(UTQH SPM 2025)

Info ilmu :
UTQH merupakan singkatan bagi Ujian Tilawah Al-Quran, Hafazan, dan Hadis. Merupakan salah satu daripada komponen penting dalam mata pelajaran Pendidikan Islam untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ujian ini menyumbang kepada 20% daripada keseluruhan markah Pendidikan Islam.

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai UTQH:
Ujian Tilawah Al-Quran: Calon perlu membaca ayat-ayat Al-Quran yang telah ditetapkan dengan lancar dan betul dari segi tajwid.
Ujian Hafazan: Calon perlu menghafal surah-surah tertentu dalam Al-Quran dan hadis yang telah ditetapkan.

Ujian Hadis: Calon perlu membaca dan memahami hadis-hadis yang telah ditetapkan.

UTQH adalah ujian wajib bagi semua murid-murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam dalam SPM. Pelaksanaan UTQH ini adalah untuk memastikan murid -murid bukan sahaja memahami isi kandungan Al-Quran dan hadis, tetapi juga dapat membaca dan menghafalnya dengan baik.

** Warga SEHEBAT mendoakan kejayaan cemerlangan calon -calon SPM 2025